Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad

“Inovasi Dalam Pertanian”

Program/Aktiviti KPKB

Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad (KPKB) telah didaftarkan pada 29hb April 1995 sebagai salah sebuah daripada 4 buah syarikat induk di bawah PKINK.
Dengan modal berbayar RM4.2 juta, KPKB adalah syarikat induk kepada 3 buah anak syarikat yang lain dan sebuah Syarikat Usahasama yang bergiat di sektor pertanian dan industri asas tani.

Program Fertigasi AL-Falah

  • Merupakan satu usaha KPKB untuk mengembangkan lagi kaedah pertanian yang menggunakan teknik fertigasi oleh usahawantani di Negeri ini.
  • Program ini melibatkan 52 peserta dari 5 DUN, peserta akan dibekalkan dengan set peralatan fertigasi, anak benih dan diberikan kursus asas fertigasi.
  • Pihak Kerajaan Negeri melalui KPKB telah memperuntukkan sebanyak RM200,000 bagi program ini dan peserta akan dipantau sepanjang pelaksanaan projek ini oleh KPKB.

Program Peruntukan Kerajaan SKIM AL-IT'AAM

  • Program ini bermula pada tahun 2011 sehingga kini melalui lantikan terus (direct Award)
  • Kontrak Pembekalan Lantikan terus kepada KPKB melalui Perjanjian telah dimulakan tahun 2019 melibatkan Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) hingga kini.
  • KPKB diamanahkan untuk pembekalan Program Skim AL-It’aam kepada 45 Dun setiap bulan dan Ketua Isi Rumah (KIR) penerima akan menerima Beras (10kg), minyak masak (1kg), gula (1kg) dan kurma (bulan Ramadhan).
  • Peruntukan yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri Kelantan sepanjang program ini dilaksanakan adalah seperti berikut:
     
    • Tahun 2011 – RM1.5 Juta untuk 100 penerima (KIR) / Dun
    • Tahun 2012  – RM3.0 Juta untuk 180 penerima (KIR) / Dun
    • Tahun 2013  – RM3.3 Juta untuk 200 penerima (KIR) / Dun
    • Tahun 2018  – RM5.0 Juta untuk 250 penerima (KIR) / Dun
    • Tahun 2020   – RM6.0 Juta untuk 300 penerima (KIR) / Dun
 

Program Al Falah Dron Darul Naim (AFDOL)

  • Satu kursus dan taklimat pengendalian dron telah dianjurkan oleh KPKB dengan kerjasama Kolej Komuniti Sabak Bernam bagi tujuan pendedahkan potensi dron pertanian.
  • Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukkan sebanyak RM90,000 kepada KPKB bagi penganjuran kursus dan pembelian satu (1) unit dron pertanian.
  • Kaedah ini adalah bagi menggantikan aktiviti meracun secara manual di sawah padi.
  • Kelebihan Program :
    • Sistematik
    • Keberkesanan Tinggi
    • Kurangkan Masa Meracun
    • Kurangkan Risiko Kerosakan Padi
    • Jimatkan Kos
    • Jimatkan Masa Meracun

Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad


“Inovasi Dalam Pertanian”