Pertanian

Ternakan

Akuakultur

Bioteknologi

Tentang Kami

Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad (KPKB) telah didaftarkan pada 29hb April 1995 sebagai salah sebuah daripada anak syarikat di bawah Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK).

KPKB juga merupakan syarikat induk kepada Darulnaim Agro Management Industries Sdn Bhd (DAMAI). Sebuah syarikat usahasama yang bergiat di sektor pertanian dan industri asas tani.

Aktiviti Utama / Perkhidmatan KPKB

Program Fertigasi AL-Falah

    • Merupakan satu usaha KPKB untuk mengembangkan lagi kaedah pertanian yang menggunakan teknik fertigasi oleh usahawantani di Negeri ini.
    • Program ini melibatkan 52 peserta dari 5 DUN, peserta akan dibekalkan dengan set peralatan fertigasi, anak benih dan diberikan kursus asas fertigasi.

Program Peruntukan Kerajaan SKIM AL-IT'AAM

    • Program ini bermula pada tahun 2011 sehingga kini melalui lantikan terus (direct Award)
    • Kontrak Pembekalan Lantikan terus kepada KPKB melalui Perjanjian telah dimulakan tahun 2019 melibatkan Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) hingga kini.
    •  

Program Al Falah Dron Darul Naim (AFDOL)

    • Satu kursus dan taklimat pengendalian dron telah dianjurkan oleh KPKB dengan kerjasama Kolej Komuniti Sabak Bernam bagi tujuan pendedahkan potensi dron pertanian.
    • Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukkan sebanyak RM90,000 kepada KPKB bagi penganjuran kursus dan pembelian satu (1) unit dron pertanian.

Petua Pertanian untuk Petani Tempatan

Petua pertanian tempatan boleh membantu petani Kelantan mencapai kejayaan dalam persekitaran dan iklim yang khas di kawasan tersebut. Berikut adalah beberapa petua yang mungkin berguna:

Pilih Jenis Tanaman Yang Sesuai

Pilih jenis tanaman yang sesuai dengan tanah dan iklim Kelantan. Pastikan ia dapat bertahan dan memberikan hasil yang baik di kawasan tersebut.

Pengurusan Tanah

Amalkan rotasi tanaman untuk menjaga kesuburan tanah.

Gunakan jerami atau kompos untuk meningkatkan struktur tanah dan mengekalkan kelembapan.

Pemilihan Baja Tempatan

Gunakan baja organik tempatan atau campuran baja kimia yang sesuai dengan keperluan tanaman dan jenis tanah di Kelantan.

Pemantauan Penyakit

Pantau kesihatan tanaman secara berkala.

Tanggapi dengan cepat jika terdapat tanda-tanda penyakit dan ambil langkah-langkah pencegahan yang sesuai.

Produk Kami

Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad


“Inovasi Dalam Pertanian”