Bayar fidyah anda hari ini bersama kami.

Dah Bayar Fidyah?

Nak bayar Fidyah ni tak susah pun, jom tunaikan Fidy@h anda bersama Ihsan Madani. Setiap Fidy@h yang dibayar akan disalurkan kepada projek “Zero Hunger“. Penerima bantuan adalah golongan asnaf dan fakir miskin yang memerlukan di Malaysia dan luar negara.

Jangan tangguh-tangguh bayar Fidy@h kerana nilainya akan meningkat menjelang Ramadan yang akan datang

Maksud Fidyah & Hukum Membayarnya

Fidyah ialah denda ke atas seseorang Islam yang telah baligh kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu atau pun sengaja melewatkan puasa ganti (qada’) bulan Ramadhan.

Hukum Fidyah adalah wajib disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Jika tidak ditunaikan akan menjadi tanggungan hutang kepada Allah SWT.


من مات وعليه صيامُ شهرٍ فليُطعمْ عنه مكانَ كلِّ يومٍ مسكينًا


Yang bermaksud: “Sesiapa yang mati sedangkan dia masih mempunyai puasa Ramadan, hendaklah diberi makan seorang miskin bagi setiap hari yang ditinggalkannya.” (Riwayat al-Tirmizi)

5 Golongan Yang Perlu Bayar Fidyah

Uzur Menunaikan Puasa Wajib

Terdiri daripada golongan menghidapi penyakit yang tiada harapan untuk sembuh, atau orang tua yang tidak mampu berpuasa atau kedua-duanya sekali. Fidy@h boleh dibayar bermula masuknya Ramadan tahun semasa

Perempuan Yang Mengandung

Tidak berpuasa kerana bimbang akan keselamatan bayi yang dikandungnya seperti dikhuatiri berlaku keguguran. Golongan ini wajib bayar fidyah sebaik habis Ramadan pada tahun yang sama dan juga menggantikan (qada) puasa yang ditinggalkan.

Ibu Yang Menyusukan Anak

Puasa yang ditinggalkan perlu digantikan. Jika masih tidak berganti sehingga tiba Ramadan berikutnya barulah fidy@h dikenakan kerana lewat menggantikan puasa.

Orang Yang Telah Meninggal Dunia

Fidyah meninggalkan puasa bagi orang yang telah meninggal dunia boleh dilakukan oleh waris-warisnya jika bilangan hari tidak berpuasa diketahui sebelum pembahagian pusaka dibuat.

Orang Yang Sengaja Meninggalkan Puasa Ramadhan

Mereka yang melambatkan ganti puasanya hingga telah melangkah tahun yang berikutnya (bulan Ramadhan), dikenakan denda bayar fidyah dan juga wajib menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan. Bayaran fidyah akan berganda mengikut jumlah tahun-tahun yang ditinggalkan.

Cara Kira Fidyah

Kadar bayaran fidy@h ialah sebanyak secupak atau 700 gram makanan asasi seperti beras, iaitu bayaran untuk 1 hari puasa yang ditinggalkan. 

Situasi 1

Aisha belum menggantikan puasa sehingga memasuki Ramadan berikutnya pada tahun 1445H (2024).

Formula Kiraan: [Bilangan Hari Tidak Berpuasa X Kadar Fidyah]

7hari x RM2.70 = RM18.90

Situasi 2

Aisha belum menggantikan puasa sehingga memasuki beberapa Ramadan tahun-tahun berikutnya. Beliau tidak berpuasa pada Ramadan 1438H (2020) dan puasa ini masih belum berganti sehingga 1441H (2023). Fatimah berkemampuan untuk menggandakan bayaran fidyah beliau.

Formula Kiraan: [(Bilangan Hari Tidak Berpuasa X Kadar Fidyah) X Bilangan Tahun Yang Ditinggalkan]

(7hari x RM2.70) x 3 Tahun = RM56.70

Situasi Dikenakan Qada & Fidyah

Nak bayar Fidyah ni tak susah pun, jom tunaikan Fidy@h anda bersama Ihsan Madani. Setiap Fidy@h yang dibayar akan disalurkan kepada projek “Zero Hunger“. Penerima bantuan adalah golongan asnaf dan fakir miskin yang memerlukan di Malaysia dan luar negara.

Jangan tangguh-tangguh bayar Fidy@h kerana nilainya akan meningkat menjelang Ramadan yang akan datang

 SituasiKena Qada’Kena Fidyah

Orang tua yang sudah tidak mampu berpuasa kerana lemah & uzur

Tidak
Ya

Orang sakit namun tiada harapan sembuh

Tidak
Ya

Orang sakit tidak berpanjangan lalu berbuka kerana sakitnya

Ya
Tidak

Orang sakit tidak berpanjangan lalu berbuka dan tidak sempat menggantikan puasa sebelum Ramadan tahun berikutnya

Ya
Ya

Orang yang musafir berbuka kerana musafirnya

Ya
Tidak

Orang yang musafir berbuka kerana musafirnya namun tidak sempat menggantikan puasa sebelum Ramadan tahun berikutnya.

Ya
Ya

Perempuan yang haid

Ya
Tidak

Perempuan yang haid namun tidak sempat menggantikan puasa sebelum Ramadan tahun berikutnya

Ya
Ya

Perempuan yang hamil atau sedang menyusukan anak namun bimbang akan keselamatan anak yang dikandung atau yang sedang disusukan.

Ya
Ya

Perempuan yang hamil atau sedang menyusukan anak namun bimbang akan keselamatan dirinya ketika berpuasa

Ya
Tidak

Perempuan yang meninggalkan puasa kerana hamil atau sedang menyusukan anak namun tidak sempat menggantikan puasa sebelum Raamdan tahun berikutnya

Ya
Ya

Orang yang sengaja meninggalkan puasa

Ya
Tidak

Orang yang sengaja meninggalkan puasa namun tidak sempat menggantikan puasa sebelum Ramadan tahun berikutnya

Ya
Ya

Sumber: www.zakat.com.my

Lafaz Niat Fidyah

“Inilah fidyah puasa yang wajib atasku kerana Allah Taala”